Thursday, September 23, 2010

Tarbiah PGSPHM

Tarbiah umum buat ahli - Dalam bab iqtikad (Tauhid)

Adalah ditekankan bahawa setiap ahli tidak berpegang kepada tabiat (amalan) kuat yang ada pada kelakuan ikhtiar usaha, atau teguh cita-cita dan (atau) rangkaian doa-doa boleh menghasilkan sesuatu atau berfaham bahawa melalui ketiga-ketiga perkara itu boleh menghasilkan sesuatu disamping mengaku kudrat iradat Allah swt (mengaku dua kuasa dua kehendak), atapun menyerah mutlak kepada Allah swt tanpa ketiga-tiga perkara tersebut, kerana yang sekalian itu membawa kepada iqtikad sesat akidah seseorang kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

Oleh itu setiap ahli adalah dinasihatkan supaya mempelajari , mendalami dan mengkaji ketiga-tiga cabang ilmu iaitu ilmu Tauhid, ilmu Fiqh dan ilmu Tasauf supaya tidak menyimpang dari syariat yang tulen sebagaimana diturunkan oleh Allah swt. Setiap ahli hendaklah mempelajarinya sekurang-kurangnya melepasi fardhu ain sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Dari segi syarak, Allah swt telah menetapkan melalui lidah RasulNya dan juga khususnya Al-Quran bahawa setiap hamba wajib memilih jalan yang mulia dan menjauhi kemungkaran berdasarkan hukum taklif yang lima iaitu wajib, haram, makhruh, sunat dan harus yang mana setiap satunya hukum itu pula ditarjihkan (diperincikan) oleh lima hukum wadhoi iaitu syarat, sebab, mani`, sah dan batal. Kesemua ini perlu difahami dengan jelas sebelum memulai mengamalkan sesuatu supaya diterima dan dirahmati Allah swt.

Firman Allah swt:

" Dan bersegera oleh sekalian kamu wahai golongan-golongan yang berada di dalam kemurkaan Tuhan kepada jemah-jemaah yang mendapat keampunan Tuhan yang bagi mereka itu disediakan syurga yang sama luasnya dengan tujuh petala langit dan tujuh bumi seperti yang diperuntukkan bagi orang-orang Muttaqin " ( Al-Imran: 133).

Firman Allah swt:-

" Dan bersegeralah oleh sekalian wahai golongan-golongan yang disesatkan, kembali kepada Allah dan terimalah agama Islam serta beramal dengannya sepenuhnya sebelum ditimpa ke atas kamu azab maha pedih ketika ini tidak diberi sebarang pertolongan " (Az-Zumar:54).

Wednesday, September 22, 2010

Jelajah PGSPHM

Assalamu`alaikum.
Pihak pengurusan PGSPHM akan menjalankan "road tour" ke seluruh Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan persatuan PGSPHM untuk menambahkan keahlian. Pihak PGSPH akan memfokuskan kepada pihak IPTA, IPTS, Kolej-kolej, sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah.

Misi jelajah ini akan memberi peluang masyarakat untuk membuat pertanyaan dan sebagainya. Antara objektif PGSPH adalah untuk menjadikan perastuan PGSPHM salah satu persatuan yang diiktiraf dan boleh dijadikan salah satu aktiviti kokurikum dalam pusat-pusat pengajian sebagai salah satu riadah dan latihan jasmani untuk mempertingkatkan daya fizikal pelajar-pelajar. Dalam aktiviti ini, PGSPHM akan memberi tunjukajar beberapa kaedah seni mempertahankan diri pada pelajar sebagai benteng untuk menyelamatkan diri daripada sebarang gangguan tidak bermoral yang sering berlaku dewasa ini terutamanya pada kaum pelajar wanita.

Harapan PGSPHM semoga usaha ini mendapat sambutan yang sewajarnya dan dirahmati Allah swt. Amin.

Pengenalan PGSPHM

Persatuan Gerak Seni Panji Hitam Malaysia adalah satu nama yang diberi kepada satu kaedah kesenian yang di dalamnya merangkumi semua jenis langkahan rohani dan jsmani yang berhadap semula kepada Allah swt pada mengesakan Af`al Allah, Asma` Allah, Sifat Allah, Zat Allah serentak melalui lidah, anggota dan hati disemua waktu, semua tempat, semua masa bersepakai barang yang Allah  kurniakan kepada Khalifah-khalifahNya melalui perhubungan rohani dan jasmani dengan Sultan Aulia` Saidi Syeikh Muhiyyidin Abdul Qadir Jailani Qaddasallahu sirrah, Nabi Allah Khidir A.S dan Rasulullah SAW.

Persatuan Gerak Seni Panji Hitam Malaysia

Assalamu`alaikum,

Selamat datang  ke laman blog Persatuan Gerak Seni Panji Hitam Malaysia (PSPM).

Jazakallah.